Bentuk Kata Bahasa Melayu | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» AWSU@CALC » Language Resource » Bentuk Kata Bahasa Melayu

Bentuk Kata Bahasa Melayu

Tatabahasa merupakan sistem bahasa atau peraturan tentang satu-satu cara bahasa digunakan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Tatabahasa terdiri daripada dua bahagian iaitu perkataan dan ayat. Perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk kata dan golongan kata. Minggu ini akan memfokuskan kepada bentuk kata dalam Bahasa Melayu.

Bentuk Kata Bahasa Melayu

Kata Tunggal

-    Tidak menerima imbuhan dan penggandaan

-    Contoh kata tunggal dengan satu suku kata (contoh) : dan, ke

-    Contoh kata tunggal dengan dua suku kata atau lebih (contoh) :  jasa, bakti, wibawa

Kata Terbitan

-     Menerima imbuhan pada kata dasar

-               Contoh imbuhan bahasa Melayu

Awalan

(beR…)

Akhiran

(-kan)

Apitan  

(meN-…-kan)

Sisipan 

(el, er, em, in)

Kata Majmuk

-    Merangkaikan dua kata dasar atau lebih seperti ambil alih, campur aduk, lipat ganda

-    Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada kata nama

-     Kata majmuk harus dieja terpisah melainkan kata majmuk mantap

Kata Ganda

-               Melalui proses penggandaan sama ada;

-                

Penggandaan penuh    (gelak-gelak)

Penggandaan separa   (tergelak-gelak, dibisikkan-bisikkan)

Penggandaan berentak (bolak-balik, mundar-mandir)


RUJUKAN

Karim, S., Mohd, F., Musa, H. B. H., Mahmood, A. H., Aman, M. S., Yunus, A. G., & Onn, F. M. (2016). Tatabahasa dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemaskini:: 04/01/2021 [n_farrid]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdDA4~