SOALAN LAZIM | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

SOALAN AM
1
Apakah dimaksudkan dengan CALC?

CALC adalah singkatan untuk Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa.

2
Bilakah Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa ditubuhkan?

Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (dahulu dikenali sebagai Pusat Pengembangan Bahasa) telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Senat ke-560 pada 8 Disember 2011.

3
Di manakah lokasi CALC?

CALC telah berpindah ke bangunan baharu berdekatan dengan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada April 2014.

4
Apakah fungsi utama CALC?

CALC bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus kemahiran bahasa untuk pelajar UPM. Guru Bahasa Inggeris CALC mengajar kursus kemahiran Bahasa Inggeris di bawah Pakej English Language Experience (ELEx), satu pendekatan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Manakala Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Global CALC mengajar pelbagai bahasa seperti Bahasa Arab, Cina, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Selain itu, CALC turut menawarkan khidmat professional seperti penyuntingan dan penterjemahan, kursus pengembangan bahasa serta khidmat penilaian dan penaksiran.

5
Adakah CALC sebahagian dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi?

Tidak, CALC adalah Pusat Tanggungjawab yang berasingan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Kemaskini:: 08/10/2018 [n_farrid]

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdEAd~