
BENGKEL SEMAKAN PENULISAN BUKU BAHASA
Bahagian Kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Global telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan Penulisan Buku Bahasa pada 6 Oktober (Isnin) yang lalu. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Bengkel ini merupakan rentetan dari bengkel yang dianjurkan pada tahun 2024 iaitu Taklimat Perolehan Judul Buku Bahasa dan Bengkel Pembinaan Judul Buku Bahasa. Dua orang pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dijemput sebagai fasilitator dalam bengkel ini iaitu Puan Noraini Abdul Shukor merangkap Ketua Editor Jabatan Bahasa, Bahagian Buku Bahasa dan Puan Normala Mohamad Yusof, Editor Kanan, Bahagian Buku Bahasa.
Bahasa yang terlibat dalam bengkel ini ialah bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, bahasa Thai dan bahasa Turki. Setiap kumpulan bahasa diberikan masa sebanyak 30 minit membentangkan hasil terkini manuskrip masing-masing. Hasil dari pembentangan tersebut pihak DBP mengesyorkan agar para peserta yang terlibat untuk membuat penambahbaikan dan seterusnya menghantar salinan lembut untuk proses semakan DBP sebelum bengkel berikutnya diadakan pada bulan Disember 2025.
Penganjuran bengkel ini bukan sahaja memaparkan kepakaran staf malah dapat meningkatkan kebolehlihatan CALC dan ianya sejajar dengan aspirasi True North UPM yang menekankan kecemerlangan akademik, pembudayaan ilmu, serta penghasilan karya yang memberi manfaat bukan sahaja kepada komuniti universiti, malah juga kepada masyarakat dan negara.
Date of Input: 10/11/2025 | Updated: 10/11/2025 | nurnajmi

Centre for the Advancement of Language Competence
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan