Pemenang Pertandingan Global Lingua E-Poster | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Pemenang Pertandingan Global Lingua e-Poster

Pemenang Pertandingan Global Lingua e-Poster

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN GLOBAL LINGUA E-POSTER

Pertandingan Global Lingua e-Poster yang dianjurkan oleh Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Universiti Putra Malaysia pada 18 April 2022 telah pun berakhir pada 22 Mei 2022. Tema bagi poster yang perlu dihasilkan secara digital ialah perayaan. Kini tiba masanya untuk mengumumkan nama para pemenang. Berdasarkan terma dan syarat pertandingan, pemenang berikut telah dipilih oleh pihak jawatankuasa sebagai pemenang.

Pemenang tempat pertama : Chew Teng Teng (e-Poster Bahasa Sepanyol)
Pemenang tempat kedua : Nurul Shaqila binti Mohamed Sharif (e-Poster Bahasa Sepanyol)
Pemenang tempat ketiga : Vasundhra a/p Brabakaran (e-Poster Bahasa Thai)
Pemenang tempat keempat : Athiyyah Qistina binti Abdul Hakim (e-Poster Bahasa Cina)
Pemenang tempat kelima : Nur Husna Nadhirah binti Khalid (e-Poster Bahasa Thai)

Pemenang tempat pertama akan memenangi wang berjumlah RM100, pemenang tempat kedua RM 80, pemenang tempat ketiga RM50, serta pemenang tempat keempat dan kelima akan memenangi wang berjumlah RM40. Para pemenang akan memenangi wang tunai beserta sijil penghargaan, manakala semua peserta yang terlibat akan mendapat sijil penyertaan. Akhir kata, pihak jawatankuasa ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pemenang dan para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Segala usaha yang dicurahkan amat dihargai.

Disediakan oleh: Nur Nabilah Mohd Samsudin & Dr. Azlina Mohd Sera’ai

 

Tarikh Input: 20/06/2022 | Kemaskini: 20/06/2022 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEUUAg~