Mega Raya Aidilfitri 2023 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Mega Raya Aidilfitri 2023

Mega Raya Aidilfitri 2023

Serdang, 10 Mei - Universiti Putra Malaysia telah melangsungkan Mega Raya Aidilfitri 2023 untuk semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hari ini sempena bulan Syawal yang masuk minggu ketiga. PTJ dipecahkan mengikut kluster dan CALC diletakkan di bawah kluster A. Rumah terbuka kluster A diadakan di Dewan PKPP, Kompleks Akademik A.

Pelbagai juadah disediakan dengan setiap PTJ menyediakan satu juadah khas. Lontong adalah juadah pilihan CALC.

Rumah terbuka bermula jam 9 pagi dan Naib Canselor UPM membuat kunjungan sekitar jam 10 pagi.

Secara keseluruhan, para pengunjung menikmati makanan yang disediakan. Makanan berjaya dihabiskan menjelang tengahari.

Rumah terbuka Mega Raya Aidilfitri 2023 Kulster A melabuhkan tirainya pada pukul 1 tengahari.

 

Petugas Gerai CALC Mega Raya Aidilfitri 2023.

Petugas Gerai CALC Mega Raya Aidilfitri 2023 bersama Pengarah CALC.

Kunjungan Naib Canselor ke Gerai CALC Mega Raya Aidilfitri 2023.

Pengunjung ke Gerai CALC Mega Raya Aidilfitri 2023 bersama Pengarah.

Minta maaf. Makanan sudah habis. Sila datang lagi tahun hadapan.

 Gerai CALC Mega Raya Aidilfitri 2023 ditutup selepas makanan habis diedarkan.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 10/05/2023 | Kemaskini: 19/05/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEUPAO~