Language And Cultural Day CALC 2018 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Language and Cultural Day CALC 2018

Language and Cultural Day CALC 2018

 

 

 

LAPORAN: NUR AIMIE NABILA FAUZI

Pada 28 Mac 2018, telah berlangsung Language Activity And Cultural Day (LACD) anjuran Bahagian Kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Global. Aktiviti ini menghimpunkan kursus bahasa asing melalui aktiviti pameran kebudayaan, aktiviti bahasa, nyanyian dan juga kraf tangan. Pentas LACD dibuka dengan persembahan tarian piring dan dirasmikan oleh timbalan pengarah CALC, Puan Iza Dura Abdul Manan. Dewan Serbaguna diserikan lagi dengan persembahan nyanyian pelajar dan juga persembahan Soranbushi daripada pelajar kemahiran bahasa Jepun.

Turut berlangsung ialah aktiviti jualan daripada Kedutaan Thailand, LAX, pelajar kemahiran bahasa serta beberapa gerai lain. Aktiviti kaligrafi arab dan mewarna batik turut mendapat perhatian daripada pelajar dan pengunjung. LACD menutup tirainya pada jam 3.00 petang.

Semoga bertemu lagi di LACD yang akan datang!

 

Saksikan kemeriahan acara ini (Klik di sini)

 

 

 

Tarikh Input: 21/03/2018 | Kemaskini: 31/07/2018 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdFAu~