Kursus English For Professional Development (Siri II) | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Kursus English for Professional Development (Siri II)

Kursus English for Professional Development (Siri II)

Serdang, 2 Ogos - Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM telah mengadakan Kursus English for Professional Development (Siri II) bersama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), UPM pada 6, 13, 20 dan 27 Julai 2022. Kursus ini diadakan setiap hari Rabu selama sebulan dan disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai yang bertugas di pelbagai unitdi SPS, UPM.


Kursus ini adalah kursus siri II yang merupakan lanjutan daripada kursus siri I. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di tempat kerja di kalangan warga kerja SPS, UPM. Para peserta kursus diberi pendedahan dalam aspek
komunikasi dan penulisan bahasa Inggeris di tempat kerja yang penting dalam urusan kerja seharian pegawai-pegawai di SPS, UPM.


Melalui maklumbalas yang diterima daripada para peserta kursus, kursus ini amat bermanfaat pada semua terutamanya ketika berhubung dengan pelajar atau pelawat antarabangsa. Juga diharapkan adalah untuk kursus sebegini dianjurkan lagi pada masa
hadapan.

 

Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXETFAl~