Kursus Bahasa Global Anjuran CALC UPM | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Kursus Bahasa Global Anjuran CALC UPM

Kursus Bahasa Global Anjuran CALC UPM

Kursus Bahasa Global Anjuran CALC UPM

Pada masa kini, mengenali dan memiliki bahasa kedua menjadi semakin penting. Bahasa kedua bukan sahaja akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan, ia juga membolehkan kita memahami dan menghormati budaya negara lain. Oleh itu, dengan tujuan untuk membolehkan orang ramai memperoleh pengetahuan tentang bahasa, budaya dan adat negara lain, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) menawarkan pelbagai kursus bahasa global seperti bahasa Arab, Mandarin, Korea, Thai, Jepun, Sepanyol, Jerman, Perancis, Turki dan Myanmar kepada orang ramai melalui pembelajaran bersemuka serta kelas dalam talian. Kursus-kursus ini dikendalikan oleh guru bahasa yang berpengalaman dan berkelayakan. Guru bahasa di CALC UPM menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan kreatif untuk memastikan peserta kursus dapat belajar bertutur dalam bahasa pilihan mereka dengan cepat dan berkesan.

 

Kursus bahasa global ini merupakan program selama 16 jam. Peserta kursus akan menghadiri kursus bahasa pilihan mereka selama 2 jam setiap minggu selama 8 minggu pada harga yang berpatutan. Bahan pembelajaran juga disediakan dan diberikan kepada peserta kursus. Sepanjang kursus 16 jam ini, peserta kursus mempelajari tentang sistem bunyi, ucapan, pengenalan diri, ahli keluarga, kewarganegaraan, pekerjaan dan juga topik-topik lain bergantung pada kursus bahasa yang dipilih. Kelas dijalankan dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif di mana guru bahasa juga akan berkongsi beberapa maklumat tentang budaya bahasa yang dipelajari. Berdasarkan maklum balas peserta kursus yang telah menghadiri kursus ini, mereka sangat berpuas hati dengan kursus yang telah dihadiri dan berharap dapat menghadiri kursus-kursus lain anjuran CALC UPM.

 

 

 

Disediakan oleh Soh Hsin Yee dan Nur Nabilah Mohd Samsudin – Unit Pengembangan Bahasa CALC UPM

Tarikh Input: 20/06/2022 | Kemaskini: 20/06/2022 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEZRAS~