Junior English Camp | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Junior English Camp

Junior English Camp

Serdang, 14 April - Unit Pengembangan Bahasa di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM telah menganjurkan Junior English Camp untuk 23 pelajar dari Korea Selatan berumur antara 7 hingga 14 tahun. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kelas bahasa Inggeris melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.

Para pelajar bersama guru bahasa di CALC

JEC telah diadakan dari 16 Januari 2023 hingga 10 Februari 2023. Program selama sebulan ini padat dengan pelbagai aktiviti bahasa Inggeris yang menarik di dalam serta di luar kelas. Pada hari pertama program, para peserta dikehendaki mengambil Ujian Penempatan untuk menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka. Mereka diletakkan dalam 3 kumpulan berasingan berdasarkan tahap penguasaan masing-masing iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. Para peserta mengikuti kelas Bahasa Inggeris dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang setiap hari diikuti dengan kelas golf di Uniputra Golf Driving Range dan kelas renang di Kompleks Renang UPM dari jam 4 petang hingga 5 petang.

       

Kelas golf di Uniputra Golf Driving Range                           Kelas renang di Kompleks Renang UPM

           

Antara aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan bersama guru di CALC

 

Selain itu, peserta juga berpeluang melawat tempat-tempat menarik di sekitar Universiti Putra Malaysia seperti Kilang Coklat Beryl’s, Farm Fresh@UPM dan G2G Animal Farm.

 

  Lawatan ke Kilang Coklat Beryl’s

 

 Lawatan ke Farm Fresh@UPM

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya. CALC akan menganjurkan lebih banyak program sedemikian untuk memupuk hubungan antarabangsa serta kekal sebagai salah satu pusat bahasa yang terkenal di Malaysia.

Majlis Penutupan JEC

 

Disediakan oleh Nooraishah Binti Zul-Qarnain & Nur Nabilah Binti Mohd Samsudin
Unit Pengembangan Bahasa
CALC, UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 13/04/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdWAw~