Global Lingua Spelling Bee Siri 1 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Global Lingua Spelling Bee Siri 1

Global Lingua Spelling Bee Siri 1

BINGKISAN GLOBAL LINGUA SPELLING BEE SIRI 1 

Pada 25 Mei 2022, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) telah menganjurkan pertandingan Global Lingua Spelling (Siri 1) secara dalam talian. Pertandingan ini merupakan kesinambungan Foreign Language Spelling Bee yang telah dianjurkan pada tahun 2019. Pada penganjuran siri ini, lima buah bahasa global telah menyertai pertandingan ini iaitu bahasa Cina, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Myanmar dan bahasa Tamil. 

9 orang peserta setiap bahasa akan melalui peringkat pertama bagi menentukan enam orang peserta yang akan mara ke peringkat kedua. Usai peringkat kedua, hanya tiga orang peserta yang bertuah akan bersaing di peringkat akhir. Lima orang pengungkap dan juri telah dibawakan bagi pelaksanaan pertandingan ini. 

GLSB (S1) telah dirasmikan oleh pengarah CALC iaitu Puan Iza Dura Abdul Manan. Pertandingan ini berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas pemenang setiap bahasa diumumkan dan diakhiri dengan sesi fotogtrafi secara dalam talian.

Disediakan oleh : NUR AIMIE NABILA BINTI FAUZI / CALC

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEbFAd~