Echo Seminar | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Echo Seminar

Echo Seminar

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) akan menganjurkan ECHO SEMINAR pada 1 Oktober 2020 (Khamis).

 

Antara objektif penganjuran seminar ini ialah untuk menyediakan platform bagi perkongsian ilmu dan pengetahuan guru-guru yang pernah menghadiri persidangan/kursus/latihan atau pengalaman tertentu dalam pengajaran bahasa atau budaya serta apa jua bentuk perkongsian yang boleh memberi manfaat untuk dikongsi bersama. 

 

Sehubungan itu, kami ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri ECHO seminar pada kali ini. Penyertaan ini dibuka kepada semua Guru Bahasa dan staf. Kami ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran pada pautan dibawah selewat-lewatnya 25 September 2020:

https://forms.gle/qTMcLtG6RFK9N2Ch7  

 

Poster berkaitan seminar juga dilampirkan bersama e-mel ini untuk rujukan tuan/puan.

 

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menjadi pembentang pada 'ECHO Seminar' pada tahun ini, sila klik pautan berikut; https://forms.gle/ed8NCcGJmo9ibxxQ8 untuk mendaftar sebagai pembentang. Penyertaan sebagai pembentang akan ditutup pada 15 September 2020.

Tuan/Puan boleh merujuk kepada Dr. Sanimah Hussin (e-mel: sanimah@upm.edu.my) atau Cik Syaakiratul Hasanah Rossidi (e-mel: syaakira@upm.edu.my atau telefon: 03-97691509) sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut berhubung seminar ini

Tarikh Input: 27/08/2020 | Kemaskini: 27/08/2020 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEUQAG~