Demonstrasi Kimono CALC | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Demonstrasi Kimono CALC

Demonstrasi Kimono CALC

Serdang, 13 Julai 2017 - Sempena sambutan 60 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengadakan demonstrasi pemakaian Kimono pada 13 Julai 2017.

Acara berlangsung di Dewan Serbaguna CALC dan diserikan dengan kehadiran Pengarah CALC, Prof. Madya Dr. Arshad Abd Samad, Ketua Bahagian Kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Global, Pn. Farah Nurzakiah Ahmad Tajuddin serta wakil dari Kedutaan Jepun di Malaysia, En. Simon Kubota.

Sesi pemakaian Kimono dikendalikan oleh pakar yang didatangkan khas dari negara matahari terbit, Pn. Nakajima. Peserta telah mencuba beberapa Kimono yang dipamerkan, termasuk untuk lelaki.

CALC dan Kedutaan Jepun turut akan mengadakan kelas kaligrafi Jepun pada 30 Oktober 2017 dan dibuka untuk semua.

Laporan acara ini telah disiarkan oleh TV9 dan boleh ditonton di ruangan video laman sesawang CALC.

Tarikh Input: 24/07/2017 | Kemaskini: 02/08/2017 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEbAAz~