Bengkel Persediaan MUET Anjuran CALC UPM | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Bengkel Persediaan MUET Anjuran CALC UPM

Bengkel Persediaan MUET Anjuran CALC UPM

Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) menyediakan bengkel MUET yang bertujuan untuk membantu calon MUET membuat persediaan menghadapi peperiksaan MUET. Bengkel ini terbuka kepada semua calon di seluruh negara. Bengkel tahunan ini pertama kali dijalankan pada Mei 2021 dengan 27 peserta, dan 18 peserta pada sesi Oktober, tahun yang sama. Peserta terdiri daripada pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Matrikulasi dan Politeknik. Selain itu, guru dan pensyarah dari pelbagai institusi turut menyertai bengkel tersebut.

Bengkel Persediaan MUET dalam talian tahun ini telah diadakan pada 12 dan 13 Mac 2022. Program dua hari itu padat dengan maklumat penting mengenai format, teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menduduki ujian MUET dengan cemerlang. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program tersebut pada tahun ini dari seluruh Malaysia.

Dua orang guru yang berpengalaman dalam MUET telah mengendalikan bengkel tersebut. Puan Nurin Erdiani dan Puan Nur Mazliyana telah terlibat dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan MUET untuk hampir 10 tahun. Pengetahuan mereka yang luas mengenai ujian MUET, digabungkan dengan personaliti mereka yang ceria menjadikan bengkel tersebut suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Bengkel tersebut dibahagikan kepada 4 sesi yang memfokuskan kepada kemahiran yang berbeza seperti bertutur, menulis, mendengar dan membaca. Berkat kesungguhan peserta dan kepakaran tenaga pengajar, mereka berjaya melengkapkan kesemua bahan latihan, nota kuliah dan contoh soalan di dalam bengkel tersebut. Di samping itu, untuk memudahkan para peserta, semua sesi turut direkodkan supaya mereka boleh mengulangkaji pada bila-bila masa.  

Disediakan oleh Mohamad Ammar Rosli dan Bazilah Bahaldin – Unit Pengembangan Bahasa CALC UPM

Tarikh Input: 14/06/2022 | Kemaskini: 14/06/2022 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEXTAi~