Agihan Bubur Lambuk CALC | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Agihan Bubur Lambuk CALC

Agihan Bubur Lambuk CALC

Serdang, 7 April 2023 - Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) telah menganjurkan acara agihan bubur lambuk hari ini. Sasaran penerima adalah kepada warga UPM. Acara diketuai oleh Kelab Kebajikan CALC (WeCALC).

Kerja memasak bubur tradisional ini telah dimulakan pada awal pagi di bawah seliaan En. Mohd Rafie Suhaimi dan dibantu oleh staf CALC yang berpengalaman. Sebanyak 20 kilogram beras telah digunakan untuk tujuan ini. Turut membantu adalah warga CALC yang bergotong royong menyediakan bahan masakan seperti udang kering, sayur-sayuran, ayam dan daging.

Persiapan dimulakan seawal jam 8.00 pagi oleh dan kerja memasak berakhir pada jam 2.00 petang. Seterusnya proses pembungkusan bermula dan bubur mula diagihkan kepada beberapa pasukan yang ditugaskan di lokasi berikut:

 

Hentian Bas di hadapan Kompleks Akademik A

  

Stesen MRT UPM

    

Hentian Bas di hadapan Dewan Besar

  

Dewan Makan Kolej Serumpun

  

Pintu 9 (Menghala Tasik Serdang)

Hujan lebat dan petir tidak melunturkan semangat staf CALC dalam melaksanakan pengagihan. Bubur dapat diagihkan dalam masa setengah jam.

Rata-rata memberi komen positif mengenai rasa bubur dan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

Diharap acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 09/05/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXETRA6~