KHIDMAT PENYUNTINGAN DAN PENTERJEMAHAN
Penyelaras Perkhidmatan: Puan Nurul Faezah Hamzah
***
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Universiti Putra Malaysia sedia menawarkan khidmat penyuntingan, penterjemahan dan bacaan pruf untuk tesis, artikel penyelidikan, dokumen rasmi, laporan, kertas projek, brosur, sijil dan sebarang bahan yang diperlukan.
Bahan hendaklah tersedia dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Korea, bahasa Myanmar, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Turki, dan bahasa Thai. Pastikan bahan yang dihantar dalam bentuk WORD dan bukan PDF atau JPEG.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
A. Penyuntingan
⦁ Penyuntingan Tesis Pelajar
⦁ Penyuntingan Artikel untuk Jurnal
⦁ Penyuntingan Teks Selain Tesis:
- Biasa (Contoh: Brosur, Risalah dan Ucapan);
- Teknikal (Contoh: Laporan teknikal, kertas kerja)
- Kreatif (Contoh: Novel, Puisi, dan Pantun)
B. Terjemahan Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Mandarin – Tamil
- Biasa (Contoh: Brosur, Risalah dan Ucapan)
- Teknikal (Contoh: Laporan Teknikal, kertas kerja dan artikel untuk jurnal)
- Kreatif (Contoh: Novel, Puisi, dan Pantun)
C. Terjemahan Bahasa Global ke dan dari Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu ke dan dari Bahasa Arab – Peranchis – Jepun – Jerman
Terjemahan Bahasa lain seperti Bahasa Korea – Myanmar – Sepanyol – Rusia – Turki – Thai bergantung kepada kepakaran yang ada.
***
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?
1) Sila e-mel bahan kepada Penyelaras Perkhidmatan (nurulfaezah@upm.edu.my)
2) Penyelaras Perkhidmatan akan memberi sebutharga.
3) Sekiranya setuju dengan sebutharga, Penyelaras akan memberi opsyen pembayaran. Pelanggan boleh berunding mengenai tempoh kerja dan perkara-perkara lain.
4) Kerja dimulakan setelah menerima bukti bayaran dari pelanggan. Kepada pelanggan PTJ UPM yang membayar melalui jernal, borang jernal akan dihantar untuk proses bayaran.
Updated:: 08/05/2018 [n_farrid]
MEDIA SHARING