CALC's Breaking Of Fast Gathering | CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
» NEWS » CALC's Breaking of Fast Gathering

CALC's Breaking of Fast Gathering

 

Serdang, 11 Mei 2020 - Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa CALC telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, majlis kali ini diadakan secara dalam talian kerana larangan berkumpul yang termaktub dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa. Namun begitu, majlis tetap berjalan dengan lancar dengan penyertaan seramai 25 orang staf CALC.

Majlis dimulakan dengan tazkirah, yang disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Ali Hassan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains BioMolekul. Tazkirah berlangsung selama 20 minit sehingga hampir waktu berbuka. Guru Bahasa Arab CALC, Ustaz Ahmad Zainan Md Khudzari telah memimpin bacaan doa berbuka puasa. Majlis tamat pada jam 7.20 petang untuk memberi laluan kepada staf berbuka bersama-sama keluarga di rumah.

Satu kelainan pada Ramadhan ini dan diharap dunia dapat pulih dari pandemik COVID-19 yang menular sekarang.

 

Date of Input: 14/05/2020 | Updated: 14/05/2020 | n_farrid

MEDIA SHARING

CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdWAK~