Kursus Bahasa Inggeris Untuk Khidmat Pelanggan Oleh CALC, UPM | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Kursus Bahasa Inggeris untuk Khidmat Pelanggan oleh CALC, UPM

Kursus Bahasa Inggeris untuk Khidmat Pelanggan oleh CALC, UPM

Serdang, 19 Mei - Unit Pengembangan Bahasa di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM telah menganjurkan kursus Bahasa Inggeris selama satu hari kepada 30 kakitangan pentadbiran Khidmat Pelanggan dari kolej kediaman Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan bahasa Inggeris untuk perkhidmatan pelanggan kakitangan kolej kediaman yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran bertutur serta menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana mereka berurusan dengan ramai pelajar antarabangsa setiap hari. 

Kursus ini telah diadakan pada 9 Mac 2023 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Seminar Tun Dr Ismail di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), UPM oleh Puan Nurul Farhana Abd Razak, seorang guru bahasa Inggeris yang cukup berpengalaman dari CALC, UPM.

Antara kandungan kursus ini adalah berkomunikasi dengan tepat serta yakin bersama pelanggan. Fokus kandungan kursus adalah pada sebutan dan intonasi bahasa Inggeris, kemahiran perbualan dan etiket serta situasi dan ungkapan bahasa dalam perkhidmatan pelanggan. Para peserta berpeluang membuat lakonan, mengadakan perbincangan kumpulan tentang topik berkaitan dan membentangkan idea mereka semasa pembentangan secara berkumpulan.

Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan jayanya. Peserta melibatkan diri secara sangat aktif semasa melakukan semua aktiviti sepanjang program. CALC, UPM akan terus menganjurkan kursus seperti ini untuk menyokong visi serta misi UPM dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pelajar UPM dan orang ramai.

 

 

Disediakan oleh Nooraishah Binti Zul-Qarnain & Nur Nabilah Binti Mohd Samsudin
Unit Pengembangan Bahasa
CALC, UPM

 

Tarikh Input: 19/05/2023 | Kemaskini: 19/05/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDdUAk~