Kaunter Bantuan Pendaftaran Kursus CALC Semester Kedua Sesi 2020/21 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Kaunter Bantuan Pendaftaran Kursus CALC Semester Kedua Sesi 2020/21

Kaunter Bantuan Pendaftaran Kursus CALC Semester Kedua Sesi 2020/21

Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) ingin memperkenalkan ‘Online Course Registration Helpdesk’ bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran kursus LPE, CEL dan LAX (Pakej ELEx), Kursus Asas Bahasa Global, LPM2100 (Bahasa Melayu Komunikasi) serta kursus ‘Postgraduate Intensive English’(PIE). Memahami keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dan tidak semua pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus, pihak CALC UPM juga mempunyai kekangan untuk membuka kaunter khidmat pelanggan yang kebiasaannya dibuka pada awal semester bagi membantu menyelesaikan masalah pelajar berkaitan kursus bahasa.

Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter secara atas talian akan direalisasikan pada awal Semester Kedua 2020/2021 ini bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah berkaitan kursus bahasa yang ditawarkan oleh CALC UPM. ‘Online Course Registration Helpdesk’ merupakan alternatif lain yang ditawarkan oleh CALC UPM selain pelajar menghantar pertanyaan menerusi e-mel atau panggilan telefon.

Sila log masuk ke laman Facebook rasmi CALC UPM, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, UPM (@calcupm) di https://www.facebook.com/calcupm; bagi mendapatkan pautan Zoom Meeting untuk mendapatkan perkhidmatan ‘Online Course Registration Helpdesk’ kami. Perkhidmatan ini akan ditawarkan bermula 22 Mac hingga 4 April 2021, hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum).

Sekian, terima kasih.

Tarikh Input: 11/03/2021 | Kemaskini: 15/03/2021 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXDcUAV~