Unit Jaminan Kualiti | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» MENGENAI KAMI » Unit Jaminan Kualiti

Unit Jaminan Kualiti

Unit Jaminan Kualiti (UJK) Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) merupakan sebuah unit di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) yang bertanggungjawab dalam segala aspek urusan kualiti dan dokumentasi bagi Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) berpandukan Prosedur dan Garis Panduan International Organization for Standardization (ISO) di bawah persijilan kualiti QMS MS ISO 9001:2015.

 

Unit Jaminan Kualiti (UJK) Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) ditubuhkan secara rasmi pada 12 September 2014. Penubuhan UJK CALC adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS MS ISO 9001) di CALC berlaku secara menyeluruh dan senantiasa mematuhi keperluan standard, dan menguruskan sebarang perkara yang berkaitan dengan punca kewujudan laporan ketakakuran (NCR) / peluang penambahbaikan (OFI)  dalam mencari ruang-ruang peningkatan tahap kualiti pentadbiran dan perkhidmatan secara berterusan supaya CALC berjaya mencapai objektif fungsinya untuk menjadi sebuah pusat pengembangan bahasa yang terancang dan berkesan bagi memenuhi keperluan dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pihak berkepentingan / pelanggannya.

 

Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) secara rasminya telah menggunapakai Sistem Pengurusan Kualiti ISO iaitu Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001 di bawah skop satu pensijilan UPM bermula pada 26 Mei 2017. Skop-skop yang terlibat adalah Aktiviti Bahasa Tanpa Kredit dalam Pakej ELEx (LAX) di bawah Skop Sokongan; manakala Kursus Tanpa Kredit dalam Pakej ELEx (CEL), Khidmat Pengembangan Kursus Bahasa, dan Khidmat Penyuntingan dan Penterjemahan di bawah Skop Operasi Perkhidmatan Sokongan.

 

Fungsi / Peranan UJK CALC adalah seperti berikut:

  1. Merancang dan melaksana International Organization for Standardization (ISO) melalui penguatkuasaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS MS ISO 9001) secara menyeluruh di CALC.
  2. Menjalankan pemantauan dalam amalan penyimpanan dokumen (sistem pemfailan) dan tindakan pelaksanaan CALC dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS MS ISO 9001) berpandukan format dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 Universiti Putra Malaysia (UPM).
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan audit dalaman dan audit kendiri serta keberkesanan pelaksanaan audit di CALC dalam usaha peningkatan kualiti proses-proses teras akademik dan pentadbiran berdasarkan kepada Prosedur dan Garis Panduan dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 Universiti Putra Malaysia (UPM).
  4. Sekretariat bagi pihak CALC dengan pihak luar PTJ dalam pengendalian agenda jaminan kualiti.
  5. Menyediakan dokumentasi dan laporan kualiti bagi CALC berkaitan bidang skop yang diterajui oleh CALC.
  6. Bertanggungjawab dalam pengedaran / membuat hebahan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada CALC.
  7. Menyelia status pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS MS ISO 9001) di CALC dengan menerima dan menganalisis maklum balas / aduan pelanggan serta memantau, merancang dan melaksanakan tindakan susulan / penambahbaikan yang sewajarnya.
  8. Mempromosikan pemikiran berdasarkan risiko dan penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

 

Unit ini terdiri dari seorang Penolong Pendaftar Kanan selaku Timbalan Wakil Pengurusan (TWP), seorang Penolong Pendaftar yang bertindak selaku Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen (TPKD) juga sebagai Timbalan Pegawai Latihan Staf (TPLS), seorang Timbalan Penyelaras Audit Dalaman (TPAD), seorang Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP), dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi).

 

   

Noor Farrid Noordin
- Timbalan Wakil Pengurusan (TWP)
- Timbalan Pegawai Latihan Staf (TPLS)
No. Tel. :
03-9769 1403
E-mel :
n_farrid@upm.edu.my


 

Natassah Othman
- Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen (TPKD)
No. Tel. :
03-9769 8725
E-mel :
natassah@upm.edu.my

  Choong Yin Lai
- Timbalan Penyelaras Audit Dalaman (TPAD)
No. Tel:
03-9769 8743
E-mel:
cylai@upm.edu.my 

 

Abdul Rafil Abdul Halim
- Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP)
No. Tel. :
03-9769 8688  
E-mel :
abdulrafil@upm.edu.my

 

Lailatul Badariah Buharan Nordin
Pembantu Tadbir (P/O)
No. Tel. :
03-9769 8330
E-mel :  
lailaltul@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 05/02/2024 [n_farrid]

PERKONGSIAN MEDIA

SXERGA7~