Program Pengukuhan Pasukan CALC 2018 | CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
» NEWS » Program Pengukuhan Pasukan CALC 2018

Program Pengukuhan Pasukan CALC 2018

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA 2018

OLEH: NUR AIMIE NABILA FAUZI

Pada 4 September 2018, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa bersama WeCALC telah menganjurkan Program Pengukuhan Pasukan untuk warga CALC. Program ini telah berlangsung di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), UPM.

Seawal jam 8.00 pagi warga CALC sudah memenuhi kawasan SISFEC. Warga CALC dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan jungle trekking dan juga kumpulan penyediaan makanan. Sesi barbeku telah dijalankan di kawasan base camp sementara kumpulan jungle trekking memulakan penjelajahan mereka. Kebanyakan warga CALC sangat teruja dapat menerokai satu-satunya hutan simpan di Lembah Klang. Sesi penjelajahan ini diakhiri dengan sesi water confident di kawasan Blue Lagoon.

Sesi latihan dalam kumpulan pula telah disampaikan oleh Tuan Mohd Adam Mohd Said. Antara input yang dikongsikan oleh beliau ialah semangat kerja berpasukan dan kesefahaman dalam berorganisasi.

Program ini diteruskan dengan sesi sukaneka bersama warga CALC. Sebanyak 6 buah kumpulan berentap untuk merebut kemenangan dalam acara yang dipertandingkan. Program ini berakhir pada jam 4.30 petang dan warga CALC bersurai pulang ke UPM.

Date of Input: 24/09/2018 | Updated: 24/09/2018 | n_farrid

MEDIA SHARING

CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEUNA1~