OUR ENTITY | CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
» OUR ENTITY » Director of CALC

Director of CALC

Ucapan Tahun Baharu 2018

Assalamu’alaikum wmt. wbt. Dan Salaam Sejahtera

Selamat datang ke laman web Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa atau lebih dikenali sebagai CALC.  Saya berharap anda dapat temui maklumat yang diperlukan disini. Laman ini disusun untuk memberi tumpuan kepada struktur organisasi serta perkhidmatan yang terdapat di CALC.  Ianya juga bertujuan memberi maklumat berkaitan kursus, aktiviti dan perkhidmatan Bahasa dan budaya bagi setiap Bahasa yang diajar di CALC. 

Sepertimana biasa, tahun baharu membawa azam yang baharu.  Begitu juga di CALC.  Disamping meneruskan pemberian perkhidmatan berkaitan Bahasa, CALC berazam untuk memastikan kualiti perkhidmatan tersebut dipertingkatkan lagi. 

Pakej ELEx telahpun diperbaharui untuk mengambil kira pelajar pelajar pelbagai tahap kemahiran dan juga waktu belajar pelajar.  Begitu juga kami senantiasa mencari cara untuk menyampaikan pengajaran Bahasa Global dengan cara yang menarik dan berkesan. 

Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan serta kursus kursus pengembangan telah disemak mengikut SOP dan ISO yang khusus dan teratur.  Namun, kami senantiasa bersedia untuk menerima maklum balas dan teguran dari mana mana pihak untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan tersebut.

Penguasaan Bahasa dan keupayaan menyampaikan ide dan pandangan melalui Bahasa dengan menarik dan berkesan merupakan suatu kualiti tambah nilai yang tinggi nilainya bagi setiap graduan universiti.  Menguasai Bahasa kedua dan ketiga – menjadi seorang polyglot – akan dapat berikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap budaya Bahasa yang dikuasai itu.  Ditahun baharu ini, sama samalah kita berazam untuk meningkatkan penguasaan Bahasa dan juga untuk mempelajari satu Bahasa yang baharu.

Sebagai sebuah entiti Universiti Putra Malaysia, CALC mendukung visi dan misi UPM dan berusaha menjayakannya melalui kepakaran dan perkhidmatan berkaitan Bahasa.

Terima kasih.

'Berilmu Berbakti'

Prof. Madya Dr. Arshad Abd. Samad

Pengarah

Updated:: 07/05/2018 [n_farrid]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471119
0389468330
C1529576415