Pertandingan Mencipta Slogan Kemerdekaan | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Pertandingan Mencipta Slogan Kemerdekaan

Pertandingan Mencipta Slogan Kemerdekaan

Burung camar di sawah padi,

Luka berdarah diikat tali,

Jika patriotisme kurang disemadi,

Mungkin sejarah berulang kembali.

 

Berbekalkan semangat kemerdekaan yang utuh, Bahagian Kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Global ingin menjemput semua warga CALC menyertai Pertandingan Mencipta Slogan Kemerdekaan bertemakan "Malaysia Prihatin", sebagai salah satu usaha bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan ini.

 

Terbang indah si rama-rama,

Hinggap seekor di atas paha,

Malaysia Prihatin slogan bersama,

Asalkan ada daya usaha.

 

Tarikh tutup pertandingan pada 11 September 2020. Penyertaan warga CALC sekalian amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Penyertaan boleh dihantar melalui https://forms.gle/7Z1QDhqATDGsLRYEA

 

Tarikh Input: 27/08/2020 | Kemaskini: 27/08/2020 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEcEAi~