Language And Cultural Day CALC 2017 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Language and Cultural Day CALC 2017

Language and Cultural Day CALC 2017

Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa akan menganjurkan Hari Bahasa dan Budaya 2017 pada hari Rabu, 15 Nov 2017, dari jam 9:00 pagi hingga 3:30 petang di Pusat ini. Aktiviti hari tersebut akan melibatkan bahasa dan budaya Melayu, Myanmar, Thai, Turki, Perancis, Cina, Jepun, Sepanyol dan Korea dalam acara berikut:

  • Persembahan kebudayaan (muzik dan nyanyian, peragaan pakaian dan fesyen, tarian rakyat, dan sebagainya)
  • Pameran (hasil kerja pelajar, seni kraftangan, manga,dan sebagainya)
  • Tunjuk cara (permainan tradisional, origami, melukis batik, masakan tradisional dan sebagainya)
  • Tayangan filem
  • Jualan (makanan, minuman, barang hiasan serta keperluan harian dan sebagainya)

Acara ini terbuka kepada semua warga UPM dan khalayak umum. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan dan menyertai aktiviti yang telah dirancang demi mendalami bahasa dan budaya masyarakat antarabangsa. 

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila berhubung dengan Pengarah Aktiviti, iaitu Puan Lim Zu Ying melalui talian telefon no. 03-8947 1119 (Pejabat), 012-374 1186 (Tel. bimbit).

Sekian, terima kasih.

Tarikh Input: 30/10/2017 | Kemaskini: 30/10/2017 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEUVA4~