Kursus Bahasa Thai Siri 1 2023 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Kursus Bahasa Thai Siri 1 2023

Kursus Bahasa Thai Siri 1 2023

Serdang, 24 Julai - Bahagian Siasatan Jenayah Maritim telah berkolaborasi dengan unit Pengembangan Bahasa di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM untuk menganjurkan Kursus Bahasa Thai Siri 1/2023 selama dua minggu kepada 17 pegawai Agensi Maritim dari seluruh Malaysia. Objektif kursus ini adalah melahirkan jurubahasa Thai yang kompeten dan mampan di kalangan pegawai yang terlibat. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan serta mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti siasatan bagi menangani cabaran kes yang  melibatkan tangkapan warganegara asing.

 

  

Kursus ini diadakan pada 29 Mei 2023 – 09 Jun 2023 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bertempat di Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit tinggi, Bentong Pahang. Tenaga pengajar kursus ini adalah Puan Jittima Jehmong, seorang guru bahasa Thai berpengalaman dari CALC UPM.

 

  

 

Kursus ini meliputi topik mengenal dan menyebut huruf konsonan dan vokal Bahasa Thai serta menulis dan membaca Bahasa Thai dengan betul dan lancar. Selain itu terdapat topik komunikasi asas dalam bahasa Thai mengunakan ungkapan dalam kehidupan seharian. Setelah sesi latihan kursus tamat, peserta kursus dikehendaki menduduki ujian kompetensi yang merangkumi ujian lisan dan ujian penulisan.

 

  

 

Secara keseluruhanya, kursus ini telah berjalan dengan jayanya. Peserta kursus juga sangat aktif and komited dalam menjalani semua sesi latihan kursus serta menunjukkan tahap pencapaian yang baik dalam ujian kompetensi yang dijalankan. Kolaborasi ini akan diteruskan dengan sesi lanjutan bersama CALC UPM untuk memenuhi keperluan mencapai kelestarian kursus dan juga untuk memastikan setiap peserta mencapai tahap kompetensi bahasa yang memuaskan untuk menjalankan tugas dengan efektif sebagai pegawai Agensi Maritim.

 

Laporan disediakan oleh,
Jittima Jehmong
Unit Pengembangan Bahasa, CALC UPM 

Tarikh Input: 26/07/2023 | Kemaskini: 26/07/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEcEAv~