Bengkel Persediaan MUET 2023 | PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
» BERITA » Bengkel Persediaan MUET 2023

Bengkel Persediaan MUET 2023

Serdang, 18 Julai - Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) menawarkan pelbagai kursus bahasa dan bengkel bahasa untuk pelajar universiti dan orang awam. Kursus yang ditawarkan termasuklah Bengkel Persediaan MUET bagi calon yang akan menduduki ujian MUET di seluruh negara. Bengkel ini telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2021 sebanyak dua sesi yang disertai oleh 30 orang peserta. Para peserta merupakan pelajar daripada pelbagai universiti tempatan seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS), Kolej-kolej Matrikulasi dan Politeknik.

Siri pertama Bengkel Persediaan MUET pada tahun ini telah diadakan secara atas talian pada 3 dan 4 Jun 2023. Program yang berdurasi selama dua hari tersebut diisi dengan input bermanfaat buat para peserta termasuklah pendedahan kepada maklumat penting seperti format ujian dan teknik menjawab yang diperlukan untuk menjawab ujian MUET dengan cemerlang. Untuk siri kali ini, seramai 14 peserta daripada seluruh Malaysia menyertai bengkel yang telah diadakan.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang guru bahasa CALC yang berpengalaman dalam ujian MUET iaitu Puan Najwa Munira Mohd Karim dan Puan Farrah Mohd Basri. Bengkel tersebut dibahagikan kepada empat sesi berbeza yang merangkumi setiap komponen bahasa yang diuji di dalam ujian MUET iaitu komponen bacaan, penulisan, pendengaran dan lisan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini penuh bermanfaat buat para peserta kerana mereka mendapat pendedahan daripada bahan pengajaran bengkel bersama tunjuk ajar guru-guru yang terlibat. Para peserta berjaya mengulangkaji keseluruhan bahan yang disediakan termasuk contoh atau sampel soalan yang diberikan sewaktu bengkel tersebut dijalankan. Selain itu, post-workshop support juga diberikan kepada peserta untuk membantu mereka membuat persediaan menghadapi ujian MUET.

 

   

Laporan disediakan oleh Nooraishah Binti Zul-Qarnain & Nur Nabilah Mohd Samsudin
Unit Pengembangan Bahasa, CALC

Tarikh Input: 18/07/2023 | Kemaskini: 18/07/2023 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691404
0397693694
SXEcNAQ~