Director's Foreword | CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
» ABOUT US » Director's Foreword » Director's Foreword

Director's Foreword

Aluan Pengarah

Bismillah ar-rahman ar-rahiim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salaam sejahtera,

Selamat Tahun Baharu 2017

Selamat datang ke laman web Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa atau lebih dikenali di UPM sebagai CALC – singkatan Bahasa Inggeris untuk Centre for the Advancement of Language Competence.

CALC ditubuhkan pada tahun 2012 untuk memberi tumpuan khusus kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran Bahasa di UPM. Kebanyakan pelajar akan berurusan dengan CALC untuk tujuan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris mereka. Disamping itu, pelajar yang mengikuti program akademik yang menetapkan Bahasa Global sebagai suatu keperluan program akan turut   berurusan dengan CALC. Beberapa Bahasa Global ditawarkan di CALC, termasuklah Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Turki, Bahasa Thai dan juga Bahasa Myanmar. Pelajar luar negara digalakkan mengambil Bahasa Melayu untuk memenuhi syarat keperluan Bahasa Global mereka. 

Kursus Bahasa Inggeris di CALC diadun secara inovatif dalam pakej English Language Experience (ELEx) yang dapat memberi peluang pelajar membentuk keupayaan berbahasa Inggeris dalam pelbagai konteks. Disamping itu, kursus Bahasa Global, termasuk Bahasa Melayu, kerap melibatkan pelajar dengan aktiviti luar bilik kuliah yang dapat meningkatkan kemahiran dalam Bahasa tersebut serta kesefahaman dan appresiasi yang lebih mendalam tentang Bahasa tersebut dan budayanya.

Disamping menawarkan kursus kemahiran bahasa, CALC turut memberi khidmat  penyuntingan dan penterjemahan secara berbayar dan gratis kepada warga kampus dan orang awam. Kadar bayaran boelh dirujuk di laman web ini.         

Kami, di CALC, percaya bahawa kemahiran dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Global bukan sahaja dapat menambah nilai kepada graduan UPM tetapi memberi mereka pandangan yang lebih meluas dan seterusnya membentuk seorang graduan yang lebih mantap dan berkeyakinan.  

Di CALC, kami berusaha untuk memastikan kursus kemahiran bahasa menarik dan berkesan.  

Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan pelajar selamat belajar bahasa di UPM!

 

 

Updated:: 17/08/2017 [n_farrid]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR THE ADVANCEMENT OF LANGUAGE COMPETENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471119
0389468330
C1506216111